Sunday, 11 January 2015 | 08:02 | 0 comments
Assalamualaikum dan salam petang
uollss.. so, harini I nak share sket kenangan manis dulu2 yg menusuk kalbu time
kat Pantai Merdeka ngan kawan2 untuk kem motivasi.. bila fikir balik,,sedih pun
ada.Bkannya apa, sedih bila tringatkan sahabat yang akan membawa haluan masing2
selepas result diumumkan nanti.hmm.. cupp, takmo sedih2.ni bukannya blog untuk
aduan rakyat dan yang sewaktu dengannya.Kembali pada tajuk asal...
Alkisah, pagi tu semua pelajar
form5 excited plus teruja nak pi Pantai Merdeka.Same goes with me.Tunggu pnya
tunggu, bas tak menjelma jugak.Well, janji melayu... selepas sejam dok buang
masa,akhirnya bas yang ditunggu-tunggu muncul dengan cutenya.. dua bijik
bas.satu kaler merah,satu lagi kaler hijau kalau aku tak buta warnalah.Walaupun
pada fizikalnya kami budak form 5,namun pada mentalnya,kami tak da beza ngan
budak 5 tahun.semua pakat kalut dok berebut bas.Actually, bukan berebut bas,
tapi berebut seat dalam bas.Disebabkan aku seorang yang cool bajet
cool, aku biaq ja la budak2, bukannya tau apa2. tup..tup..,,pak cik driver
cakap "bas dah penuh !!".Hanya Allah yang tahu betapa kagetnya aku
ngan puak-puak aku time tu.Aku pun tenangkan hati dan cakap bajet Sherlock
Holmes "rilekk la, bas no 2 kan ada??".Settle ! tapi, bagai
tersungkur ditimpa buah durian..bas no2 pun penuh..
Masa dan bas pun berlalu pergi
meninggalkan kami terkial-kial kat sekolah.(*kami- Aku,
Ciah,Alia,Nabila,Yaya,Arini ngan Nadiah).Kami pun buat drama Bersamamu dekat
cikgu..Untung kami, dapat cikgu yang baik dan memahami.cikgu tu pun call van
special punya untuk kami.Pendek cerita, lepas 30 minit.Van yang dinanti sampai
dan kami melompat keriangan ke dalam van tersebut.
Sepanjang perjalanan ke
sana, aku tak boleh cerita kat sini.Bukan terlalu private..tapi, sebab aku
tertido sepanjang perjalanan... hehe sori.
Dah sampai kat Pantai
Merdeka, kami toleh kiri kanan, cari rakan2 seperjuangan tapi tak dak..
mungkinkah kami mendarat di tempat yang salah?.kami pun membawa diri ke dalam
bilik kuliah.tetiba perut aku start menyanyi lagu Rolling in the Deep.. arhhh
laparnya.. sadiss apabila mendapat khabar yang nasi sudah habeh.kami pun mula
slot Bersamamu sekali lagi dan dapat nasi 4 bungkus untuk dikongsi oleh 9
orang.lepas tu...urmmm...lepas tu... aku dah lupa.. yang aku ingat,bilik dia
boleh tahan,ada iKON ,mksud aku aircond..
Keesokkan harinya.. kami
bangun awal sebab takut berebut tandas, solat subuh dan ... ta da~ mulakan misi
tangkap gambaq banyak2 untuk memenuhkan memori phone *last trip la katakan.
Pemandangan subuh
dari dalam Merdeka Beach Resort.Jangan
zoom kalau takut.
Jangan tanya ni
tempat apa.Dari rupa parasnya yang menawan,semua orang tahu ni tempat makan.
Sementara menunggu
matahari memancarkan sinarnya ke bumi, sebab tak da sapa bawak DSLR yang boleh
tangkap gambar dalam gelap,kami pun sembang-sembang kambing ala-ala ahli
politik membentangkan manifesto pilihan raya.Masa yang ditunggu telah tiba ~~
jeng..jeng..jeng.. Matahari pun terbit menunjukkan bukti kekuasaan Allah.Apa
lagi…
Nampak sangat muka
mengantuk tido tak cukup.Padah sembang tak ingat dunia…
Lepas breakfast,
kami pun menjalankan rutin mengikut jadual yang ditetapkan dan bla..bla..bla…Petang
tu, for the first and the last time, cikgu bagi pi jalan-jalan kat tepi
pantai.Mata yang mengantuk pun bersinar-sinar kononnya nak hilangkan stress
tapi sebenarnya nak tangkap gambar bebanyak..Memori terakhir~
Peace no war !!
star wars is allowed
Ada pepatah orang
putih menyatakan “you’re never old to play”.Sama la bagi konteks diri aku dan
juga masyarakat yang sebaya dengan aku, kalau tengok playground mesti takkan
lepaskan peluang nak main sama.Alang2 tak da orang,apa lagi…
Ini playgroundnya,
menggoda jer permandangannya..
Dan, ini aku..
dengan classmate aku.. no comment
Lepas penat
jalan-jalan kami pun menikmati permandangan sunset yang indah sambil makan
nugget
p/s :Mak cik jual
nugget tu baik sangat.siap nak ambik aku jadi pekerja lagi. Oh aunty, me know
me cute maa..
"It does’t matter
where you’re going, it’s who you have beside you"
East or west,
selfie is a must
Sekian sahaja
corat coret untuk malam yang indah ini.. thanks buat yang sudi membaca ~ have a
nice day !!
maaf kalau ada kekurangan atau kelebihan pada entry kali ini
Labels: friendship, Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka, SPM
0 Comments available :
Post a Comment