Story of a Whale ♥

Follow|Home
Wednesday 22 April 2015 | 07:05 | 2 comments


Assalamualaikum and a very…very GOOD evening~ harini saya nak share sikit pengalaman saya sepanjang temuduga untuk UniKL MIAT (Engineering Technology in Avionics Maintenance)

Ok, first sekali untuk temuduga UniKL.. sebenarnya cuma dua bidang ja kat UniKL yang kena temuduga iaitu UniKL MIAT dan UniKL MIMET.Yang bidang lain tak payah temuduga bagai. Saya kena temuduga untuk Malaysian Institute of Aviation Technology atau nama singkatannya, MIAT.Bagi sapa2 yang nak pi temuduga nih, diingatkan agar anda pergi awal 30 minit sebab memang ramai calon yang hadir pada hari temuduga tu..yang dari negeri lain pun ada, biasalah, course ni terhad.Dokumen yang perlu dibawa ?? Tak banyak pun yang kena bawak,cuma ic ngan salinan sijil SPM. Tu ja.tapi, kalau boleh bawak la spare sijil2 KO yang bersusun-susun tu.haha..

Mula-mula korang kena ujian bertulis dulu..jangan salah paham, bukannya kena tulis essay ataupun tulis karangan..ujian bertulis ni ujian IQ.pakai A B C D ja.Cuma, nasib korang la nak kena set soalan yang susah ataupun senang.lepas habis ujian IQ, korang akan dipanggil masuk ke dala bilik temuduga.. sebab tu kena pi awal,kalau lambat,memang lenguh jugak nak tunggu..dalam bilik temuduga tu jangan dok buat getaq tak tentu hala.ingat ,korang nak temuduga untuk sambung ngaji,bukan nak angkat nikah.kadang-kadang, penemuduga tu saja nak test korang.dia akan Tanya soalan KBAT cam “nama imam masjid negara” dan “pemenang pingat emas sukan olimpik acara renang bla..bla..bla..” tapi cayalah,dia nak test tahap kegemuruhan korang ja.

Oh,, lupa nak pesan, IQ test ngan interview untuk UniKL 100% BI (termasuk GST). Pesan saya, kalau tak tahu nak jawab macam mana bila penemuduga tu tanya dalam BI, korang sambung ja BM. Tak pa, janji korang berinteraksi dengan penemuduga tu.JANGAN DIAM !! sebab ada markah kalau korang berinteraksi dengan penemuduga tu.kalau tak pasti jawapannya, jawab “I’m sorry sir, I’m not sure about that” JANGAN sesekali kata “I don’t know” sebab jawapan tu boleh membunuh mood penemuduga tersebut..

Sebelum nak pi temuduga tu, korang kena la baca sikit pasal UniKL, sebab apa korang nak masuk UniKL, apa yang korang tahu pasal UniKL, isu-isu terkini mengenai bidang korang ambik,bahagian2 asas kapal terbang dan macam-macam lagi..boleh Google untuk maklumat lanjut ataupun buka laman web AirAsri.com.Seriously, laman web tu banyak tolong saya.

Ni part paling best,, PAKAIAN !  bagi calon lelaki, anda digalakkan memakai baju kemeja putih kemas serta lengkap bertali leher,kasut bertutup warna hitam..jangan kau hentam pakai kasut sport..memang tak tulis kat situ tapi,agak-agak larr.untuk perempuan pulak, anda dinasihatkan memakai baju kurung dan tudung bawal sebab gandingan ini melambangkan keayuan dan keformalitian..Amboii mak. Nak lagi formal ?? Tudung bawal tu kalau boleh pakai yang hitam.Mekap ?? pakai bedak sikit2 je.Ingat korang nak pi temuduga,bukan nak pi cari bakal suami.. perfume pun tak payah yang bau kuat sangat.


Sekian,, GOOD LUCK !!!~





2 Comments available :

10 April 2019 at 01:30
Blogger Unknown said...

Mcm mna nak tgk dekat airasri.com tu... X boleh pon

23 March 2020 at 02:19
Blogger Miat said...

Assalamualaikum, kalau pergi temuduga pakai suit boleh tak?

Post a Comment